Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China sahkan kematian pertama COVID-19 sejak enam bulan lalu

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China mengesahkan kematian akibat COVID-19 buat pertama kali sejak 6 bulan lalu pada Ahad (20 Nov), sedang langkah-langkah baru dilaksanakan di Beijing dan di merata negara untuk membendung penularan baru.

Kematian lelaki dari Beijing yang berumur 87 tahun itu dilaporkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan sejak 26 Mei, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 kepada 5,227. Kematian sebelum ini dilaporkan di Shanghai, yang mengalami lonjakan kes COVID-19 sewaktu musim panas.

Walaupun China mempunyai kadar keseluruhan vaksinasi lebih 92 peratus, yang menerima sekurang-kurangnya satu dos, jumlah itu agak rendah dalam kalangan warga berusia, terutamanya mereka yang berusia lebih daripada 80 tahun. Suruhanjaya itu bagaimanapun tidak memberikan perincian mengenai status vaksinasi mendiang.

Kerentanan itu dianggap sebagai salah satu sebab mengapa China menutup sempadannya dan berpegang teguh kepada dasar tegar "sifar-COVID" yang bertujuan untuk menghapuskan jangkitan melalui sekatan, kuarantin, pengesanan kes dan ujian secara besar-besaran, walaupun menjejas kehidupan normal dan ekonomi serta mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap pihak berkuasa.
Sumber : AP/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan