China rasmikan Kebun Bunga Negara kedua di Guangzhou
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi Berita - China Media Group (CMG)
GUANGZHOU: Sebuah lagi Kebun Bunga Negara dirasmikan di Guangzhou pada Isnin pagi (11 Jul), kebun bunga kedua selain yang ada di China selain Kebun Bunga Negara Beijing.
Kebun Bunga itu bukan sahaja menjadi kebun bunga tropika Asia Selatan terbesar di dunia setakat ini, malah merupakan satu daripada institusi perlindungan dan penyelidikan tumbuhan paling bersejarah di China.
Berkeluasan sehingga 333 hektar merangkumi kawasan pameran dan penyelidikan saintifik, pelbagai kerja seperti pemeliharaan, pengajian dan penyelidikan saintifik tumbuhan di rantau tropika serta subtropika di dunia akan dijalankan di taman itu.
Difahamkan, jumlah jenis tumbuhan yang dipindah dan dipelihara di taman itu mencecah 17,000 jenis, merangkumi tumbuhan hutan hujan tropika, dataran tinggi, eksotik dan padang pasir.
Antara tumbuhan yang berjaya dipindah dan ditumbuh di taman itu termasuk 643 spesies hampir pupus dan 337 spesies tumbuhan liar penting peringkat kebangsaan.
Dalam perkembangan lain, Pusat Pemeliharaan Pemindahan Kebun Bunga Negara Selatan China dijangka akan dibina dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Sebaik siap kelak, ia dijangka membolehkan 95 peratus tumbuhan hampir pupus di kawasan selatan China dapat dipelihara dengan lebih berkesan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.