China rancang langkah antipencemaran lebih teliti jelang 2019
China akan ambil langkah lebih berkesan dan tertumpu dalam usaha menangani pencemaran tahun depan. Namun pemerintah itu tidak akan mengurangkan sasaran atau ketegasan terhadap pesalah, menurut kementerian sekitaran dalam satu kenyataan pada Isnin malam (24 Dis).
Jerebu menyelubungi China pada November 2018 (Gambar: Reuters)
BEIJING: China akan ambil langkah lebih berkesan dan tertumpu dalam usaha menangani pencemaran tahun depan. Namun pemerintah itu tidak akan mengurangkan sasaran atau ketegasan terhadap pesalah, menurut kementerian sekitaran dalam satu kenyataan pada Isnin malam (24 Dis).
Usaha terbaru itu menyusuli satu perhimpunan tahunan antara para pemimpin kanan minggu lalu yang akur bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu sedang menghadapi tekanan.
"Kami akan menyelaraskan perlindungan sekitaran dengan pembangunan ekonomi dan mengelakkan daripada menggunakan kekerasan untuk menangani pencabulan undang-undang," menurut kenyataan Kementerian Ekologi dan Sekitaran (MEE).
Kementerian tersebut menggesea biro sekitaran tempatan untuk membantu syarikat-syarikat menetapkan rancangan rawatan pencemaran dan memberi perhatian terhadap rayuan yang munasabah daripada syarikat semasa pemeriksaan sekitaran.
Beijing memansuhkan langkah mengurangkan pengeluaran industri berat secara menyeluruh sebagai sebahagian daripada langkah antipencemarannya dan membenarkan pemerintah daerah untuk mengambil langkah berdasarkan tahap pencemaran masing-masing. Namun, mutu udara yang semakin terjejas sepanjang dua bulan lalu di utara China menimbulkan kebimbangan bahawa pemerintah mengurangkan ketegasan terhadap para pesalah.
"Kempen perlindungan sekitaran di China sedang menghadapi pelbagai cabaran... Sebahagian wilayah kini kurang peka terhadap kepentingan sekitaran sedang mereka menghadapi cabaran ekonomi, dan kami melihat kemajuan yang tidak sama rata di tempat-tempat berbeza," menurut MEE.
MEE menetapkan pusingan kedua pemeriksaan sekitaran seluruh negara pada 2019 dan berikrar untuk memenangi peperangan terhadap pencemaran udara serta menggalakkan perlindungan tanah dan air.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.