China rancang hubungkan laluan kereta api Asia Tenggara
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Mohd Rasfan)
KUALA LUMPUR: China menyatakan ia terbuka untuk mengkaji perancangan bagi menghubungkan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia dengan projek kereta api lain yang dibiayai China di Laos dan Thailand, sekaligus berkemungkinan meluaskan Inisiatif Jalur Ekonomi Laluan Sutera Beijing di Asia Tenggara.
Perdana Menteri China Li Qiang, yang mengadakan lawatan tiga hari ke Malaysia, pada Rabu (19 Jun) berkata cadangan tersebut akan menjadikan Kereta Api Pan-Asia, yang menghubungkan Kunming di China ke Singapura, satu realiti.
"Ini akan menggalak pembinaan koridor perdagangan antarabangsa darat dan laut baharu, meningkatkan ketersambungan serantau dan memperdalam hubungan masyarakat ASEAN," kata Encik Li.
Encik Li berkata demikian sedang beliau berucap di majlis pecah tanah di tapak binaan ECRL, iaitu landasan kereta api sejauh 665 kilometer yang akan menghubungkan pantai timur dan barat semenanjung Malaysia menjelang hujung 2026.
Kerajaan Malaysia pada Mac menyatakan ia akan menimbangkan untuk melanjutkan projek disokong China itu ke sempadannya bersama Thailand.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.