Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China rai Hari Kebangsaan ke-72 secara sederhana

China hari ini (1 Okt) meraikan Hari Kebangsaan ke-72.

Anggaran Waktu Membaca:
China rai Hari Kebangsaan ke-72 secara sederhana

(Gambar: CGTN)

Diterbitkan : 01 Oct 2021 06:56PM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 07:03PM

BEIJING: China hari ini (1 Okt) meraikan Hari Kebangsaan ke-72.

Upacara tradisi menaikkan bendera negara dilakukan di Lapangan Tiananmen.

Lazimnya Hari Kebangsaan China disambut secara besar-besaran.

Namun sejak tahun lalu saiz acara sambutannya dikecilkan disebabkan COVID-19.

Dalam ucapannya di majlis jamuan malam Hari Kebangsaan semalam (30 Sep), Perdana Menteri Li Keqiang mengulangi komitmen China untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi menangani cabaran-cabaran global dan pertumbuhan ekonomi.

Beliau juga berjanji akan memberi tahap autonomi yang tinggi bagi menegakkan kedaulatan China di Hong Kong.

Mengenai Taiwan pula, Encik Li berkata Beijing akan terus berusaha menyatukan semula pulau itu dengan China secara aman.

China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya yang memberontak dan akhirnya akan disatukan dengan tanah besar itu.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan