Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China punyai 'peranan besar' dalam jalan menuju keamanan di Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata pada Rabu (5 Apr) bahawa China mempunyai "peranan besar" untuk dimainkan dalam mencari jalan menuju keamanan di Ukraine.

Encik Macron baru memulakan lawatan tiga hari di Beijing.

Bercakap pada satu perhimpunan bersama masyarakat Perancis di Beijing menjelang perjumpaannnya dengan pemimpin China Xi Jinping pada Khamis (6 Apr), Encik Macron berkata Perancis ingin bekerjasama dengan China "dalam tanggungjawab bersama ini bagi kedamaian dan kestabilan" di Ukraine.

"China, dengan hubungan rapatnya bersama Rusia, yang sudah disahkan pada kebelakangan ini, boleh memainkan peranan besar," katanya.

Beliau merujuk kepada tentangan Beijing terhadap penggunaan senjata nuklear di Ukraine serta cadangan bagi perdamaian antara Kyiv dan Mosko.

Matlamat Encik Macron juga termasuk memelihara dan mengimbangi hubungan perdagangan China dengan Eropah, serta menjaga kepentingan Perancis di rantau Asia Pasifik.

Beliau membincangkan lawatannya ke China dan sokongan kepada Ukraine dalam satu panggilan telefon bersama Presiden Amerika Syarikat Joe Biden sebelum lawatannya, menurut Rumah Putih.
Encik Macron akan mengadakan perbincangan bersama Encik Xi dan pemimpin-pemimpin China yang lain pada Khamis. Beliau juga akan menghadiri acara makan malam pada hari tersebut.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan