Skip to main content

Dunia

China pesongkan 10 bilion meter padu air ke kawasan gersang di utara dalam projek besar-besaran

China sudah memindahkan 10 bilion meter padu air dari kawasan selatan negara itu ke utara yang sering dilanda kemarau dalam projek pemesongan aliran air sungai secara besar-besaran.

Anggaran Waktu Membaca:
China pesongkan 10 bilion meter padu air ke kawasan gersang di utara dalam projek besar-besaran

Gambar bendungan air di China. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 04 Oct 2017 11:09PM Dikemas Kini : 04 Oct 2017 11:13PM

BEIJING: China sudah memindahkan 10 bilion meter padu air dari kawasan selatan negara itu ke utara yang sering dilanda kemarau dalam projek pemesongan aliran air sungai secara besar-besaran.

Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, bekalan air di utara berdepan dengan cabaran kemarau berlarutan, jumlah penduduk yang semakin meningkat dan pertumbuhan sektor pengilangan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Sasarannya ialah untuk membekalkan 44.8 bilion meter padu air setiap tahun ke utara melalui projek aliran air sungai. Ia membentuk sekitar 7 peratus jumlah air yang digunakan oleh seluruh negara itu pada tahun 2015.

Projek kejuruteraan yang berkos tinggi ini melibatkan pemindahan dari selatan China melalui tiga laluan utama, seperti yang dicadangkan seawal tahun-tahun 1950an.

Sepanjang laluan tengah, air yang dipam dari Sungai Yangtze disalurkan ke Beijing, Tianjin dan wilayah Henan dan Hebei.

Air dibawa melalui terusan, dan saluran paip dari kolam air Danjiangkou di tengah wilayah Hubei. Ia mula beroperasi pada lewat tahun 2014.

Projek itu membekalkan 2.7 bilion meter padu air kepada 11 juta penduduk di Beijing.

Kini, projek itu membekalkan kira-kira 70 peratus keperluan di Beijing yang sebelum ini menerima bekalannya dari air bawah tanah.

Tianjin pula menerima 2.2 bilion meter padu air manakala Henan dan Hebei masing-masing mendapat 3.5 bilion meter padu dan 1.1 bilion meter padu air.

China berharap untuk mengekalkan penggunaan air tahunan negara itu di bawah 670 bilion meter padu hingga 2020, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kekurangan serantau yang kronik dan pembaziran serta meningkatkan kecekapan. 

Sumber : CNA/ZZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita