Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China permudah aturan visa bagi warga asing yang guna vaksin buatannya

Warga asing yang memohon visa untuk memasuki China melalui Hong Kong dikecualikan daripada perlu menyerahkan sijil kesihatan jika telah menerima vaksin buatan China, menurut Agensi Anadolu memetik laporan saluran berita milik negara CGTN pada Isnin (15 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
China permudah aturan visa bagi warga asing yang guna vaksin buatannya

Gambar fail. (Gambar: REUTERS/Benoit Tessier)

Diterbitkan : 16 Mar 2021 04:25PM Dikemas Kini : 16 Mar 2021 04:27PM

ANKARA: Warga asing yang memohon visa untuk memasuki China melalui Hong Kong dikecualikan daripada perlu menyerahkan sijil kesihatan jika telah menerima vaksin buatan China, menurut Agensi Anadolu memetik laporan saluran berita milik negara CGTN pada Isnin (15 Mac).

Mereka yang menerima vaksin bukan keluaran China akan diminta untuk menunjukkan hasil ujian asid nukleik negatif dan borang perisytiharan kesihatan dan perjalanan, meski sudah disuntik vaksin lapor CGTN.

Peraturan baru itu diumumkan minggu lalu untuk memudahkan pergerakan rentas sempadan sedang negara-negara di dunia berusaha untuk membuka semula perjalanan antarabangsa seperti sedia kala.


China mula mengeluarkan sijil kesihatan bagi perjalanan antarabangsa Isnin lalu.

Sementara itu, Suruhanjaya Kesihatan Nasional (NHC) China menyatakan pada Isnin bahawa hampir 65 juta orang telah diberikan vaksin sejak Januari tahun lalu.

"Sehingga 14 Mac, 64.98 juta dos vaksin COVID-19 telah diagihkan di China," kata Li Bin, timbalan ketua NHC, semasa sidang media secara langsung di Beijing.

Pegawai kesihatan itu menambah bahawa China sedang mengkaji pelbagai langkah yang diambil beberapa negara berhubung perjalanan antarabangsa bagi kumpulan yang sudah menerima vaksin dan sedang mempertimbangkan penyesuaian dasar lebih lanjut.

China melaporkan sekurang-kurangnya 90,049 kes COVID-19 yang disahkan termasuk 4,636 kematian sejak kes pertama dikesan di bandar Wuhan pada Disember 2019. Lima kes baru dilaporkan pada Isnin, semuanya kes import.

Minggu lalu, Kementerian Luar China menyatakan bahawa Beijing telah menyumbang atau sedang menyumbangkan vaksin COVID-19 kepada 69 negara membangun yang sangat memerlukan dan mengeksport vaksin ke 43 negara.

Pihaknya menambah bahawa sekurang-kurangnya 60 negara telah membenarkan penggunaan vaksin China. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan