China perkenal kereta api terpantas dunia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/STR)
BEIJING: Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing pada Ahad (29 Dis), menurut pengendali kereta api negara itu.
CR450 juga diuji pada kelajuan maksimum 450 km/j, mencerminkan kemajuan terkini China dalam teknologi itu, kata China State Railway Group Co, Ltd (China Railway), lapor Xinhua.
Model baharu tersebut jauh lebih pantas berbanding kereta api laju CR400 Fuxing yang sedang beroperasi, dengan kelajuan perkhidmatan 350 km/j.
China Railway akan menjalankan siri ujian laluan untuk prototaip itu dan mengoptimumkan keupayaan teknikalnya bagi memastikan CR450 dapat memasuki perkhidmatan komersial secepat mungkin.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.