Skip to main content

Dunia

China percepat vaksinasi COVID-19 bagi warga emas

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China akan mempercepatkan langkah memberi vaksin COVID-19 kepada golongan berusia 60 tahun dan ke atas, menurut pegawai kesihatan pada Selasa (29 Nov).

Langkah itu dilihat sebagai ciri penting dalam strategi untuk melonggarkan sekatan ketat selama hampir tiga tahun yang telah menjejas pertumbuhan ekonomi, menggangu kehidupan jutaan rakyat, dan mencetuskan tunjuk perasaan yang tidak pernah berlaku pada hujung minggu lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) menyatakan ia akan mempercepatkan vaksinasi bagi mereka yang berusia 80 tahun ke atas.

Warga emas akan mendapat akses lebih mudah menerusi khidmat keutamaan khas, dengan kenderaan vaksinasi bergerak digunakan, kata NHC.

Kempen publisiti akan dilancarkan untuk mengatasi sebarang keraguan tentang vaksinasi dalam kalangan warga emas, mempromosikan faedah vaksin dalam mengelak penyakit teruk dan kematian, tambahnya.

Data rasmi menunjukkan 86.4 peratus daripada mereka yang berusia 60 ke atas sudah menerima dua dos vaksin setakat 11 November, meningkat kurang daripada satu peratus sejak Ogos.

Penerima dos penggalak pula membentuk 68.2 peratus dari golongan warga emas, meningkat sedikit daripada 67.8 peratus tiga bulan sebelumnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita