Skip to main content

Dunia

China pasaran runcit online terbesar dunia 12 tahun berturut-turut

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China menjadi pasaran runcit online terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut, dengan jumlah jualan runcit online mencecah 15.5 trilion yuan (S$2.9 trilion) pada 2024, menurut Kementerian Perdagangan pada Jumaat (24 Jan), lapor Xinhua.

Industri borong dan runcit di China mencatat kemajuan stabil didorong oleh pelbagai dasar, menyediakan sokongan kukuh untuk merangsang permintaan domestik dan membentuk paradigma pembangunan baharu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Sheng Qiuping pada sidang media.

Sheng berkata nilai tambah industri borong dan runcit mencecah 13.8 trilion yuan (S$2.7) pada 2024, menyumbang 10.2 peratus daripada Hasil Negara Kasar (GDP), dan memainkan peranan penting dalam memperlancar peredaran, mencipta pekerjaan dan mengurangkan kos logistik.

Kementerian itu akan bekerjasama dengan jabatan berkaitan untuk memperkayakan dasar sokongan, melaksanakan langkah terperinci dan mempercepatkan promosi pembangunan bermutu tinggi dalam industri borong dan runcit, untuk melancarkan lagi peredaran ekonomi negara, tambah Encik Sheng.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita