Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China panggil Duta Hideo Tarumi bagi bantah tindakan Jepun di G7

Anggaran Waktu Membaca:
China panggil Duta Hideo Tarumi bagi bantah tindakan Jepun di G7

(Gambar: AFP/Francis R. Malasig)

Diterbitkan : 22 May 2023 07:34PM Dikemas Kini : 22 May 2023 07:36PM
BEIJING: Timbalan Menteri Luar China Sun Weidong memanggil duta Jepun untuk membantah "isu berkaitan China yang digembar-gemburkan" di Sidang Puncak G7 yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Demikian menurut kenyataan Kementerian Luar China pada lewat petang Ahad (21 Mei).

Pemimpin-pemimpin negara demokrasi utama dunia di bandar Hiroshima, Jepun, mengadakan pertemuan sambil meluahkan keprihatinan serius terhadap ketegangan yang memuncak di Laut China Selatan dan Laut China Timur.

Mereka juga menyuarakan keprihatinan terhadap keadaan hak asasi manusia di China, termasuk Tibet dan Xinjiang.

Encik Sun menuduh Jepun bekerjasama dengan negara-negara lain di sidang puncak G7 "dalam kegiatan-kegiatan dan pengisytiharan bersama ... untuk mencemar dan menyerang China, serta masuk campur dalam hal ehwal dalaman China, melanggar prinsip asas undang-undang antarabangsa dan perjanjian empat dokumen politik yang dimeterai China dan Jepun".

Beliau merujuk kepada Kenyataan Bersama China-Jepun 1972.

Encik Sun menambah bahawa tindakan Jepun menjejas kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan China.

China juga "sangat tidak berpuas hati dan sekeras-kerasnya membantah" tindakan itu.

Hideo Tarumi, Duta Jepun ke China, menafikan kenyataan itu dan berkata bahawa ia adalah satu "kebiasaan" bagi G7 membincangkan isu-isu yang menjadi keprihatinan bersama seperti yang dijalankan pada tahun-tahun lalu dan akan terus berbuat demikian pada masa hadapan, selagi China tidak merubah tingkah lakunya, menurut kenyataan Encik Tarumi.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno berkata semasa taklimat pada pagi Isnin (22 Mei) bahawa dasar negara itu terhadap China adalah konsisten selama ini dan ia akan bertegas terhadap isu yang sewajarnya serta menggesa China supaya bertanggungjawab, sementara ia mengambil langkah untuk menangani keprihatinan dan bekerjasama bagi isu-isu uang menjadi keprihatinan bersama.

China meluahkan "rasa sangat tidak puas hati" pada Sabtu terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-peminpin G7, yang ditujukan kepada Beijing.

Ia melibatkan isu-isu di Laut China Selatan, hak asasi manusia dan dakwaan campur tangan terhadap demokrasinya.
Kedutaan China di Britain sebelum ini menggesa London agar berhenti memfitnah dan menyerang China demi mengelak hubungan yang lebih buruk antara China dengan UK.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan