Skip to main content

Dunia

China, Pakistan luah keprihatinan kesan sekatan sepihak terhadap Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
China, Pakistan luah keprihatinan kesan sekatan sepihak terhadap Rusia

Pusat ketenteraan berdekatan sempadan Poland yang terkena peluru berpandu Rusia pada 13 Mac 2022. (Gambar: Evgeniy Maloletka/AP)

Diterbitkan : 22 Mar 2022 07:40PM

BEIJING: China dan Pakistan berkongsi kebimbangan tentang "kesan sekatan sepihak" yang dikenakan terhadap Rusia berhubung pencerobohannya di Ukraine.

Kedua-dua negara itu menggesa gencatan senjata dan huraian diplomatik segera dimeterai bagi menamatkan konflik tersebut, menurut Kementerian Luar China pada Selasa (22 Mac).

China dan Pakistan bagaimanapun menahan diri daripada mengutuk Rusia atas pencerobohan di Ukraine pada 24 Februari lalu.
 

"Kedua-dua China dan Pakistan menyuarakan keprihatinan terhadap kesan sekatan sepihak itu," menurut Kementerian Luar China dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat pada Isnin (21 Mac) di Pakistan.

"Kedua-dua China dan Pakistan menggesa gencatan senjata dimeterai melalui dialog diplomatik dan berharap satu huraian yang berkekalan dapat dicapai," tegas Kementerian Luar China.

Kementerian Luar Pakistan juga sudah mengeluarkan kenyataan mengenai rundingan di Islamabad, yang turut mengusulkan gencatan senjata tersebut, tetapi tidak pula menyuarakan keprihatinan terhadap sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas Rusia.

Sumber : Agensi berita/KF/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita