Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China nafi langgar-lari bot Filipina

Beijing mengesahkan hari ini sebuah kapal China berlanggar dengan sebuah bot nelayan Filipina, sekali gus meningkatkan ketegangkan di Laut China Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
China nafi langgar-lari bot Filipina

Beijing mengesahkan hari ini sebuah kapal China berlanggar dengan sebuah bot nelayan Filipina,. (Gambar: TED ALJIBE/AFP)

Diterbitkan : 15 Jun 2019 09:24PM Dikemas Kini : 15 Jun 2019 09:29PM

MANILA: Beijing mengesahkan hari ini sebuah kapal China berlanggar dengan sebuah bot nelayan Filipina, sekali gus meningkatkan ketegangkan di Laut China Selatan.

China bagaimanapun menafikan ia adalah insiden langgar lari.

Kedutaan China di Manila menyatakan bahawa kapal pukat tunda Yuemaobinyu 42212 itu 'bertembung' dengan bot Filipina dan kemudian meningalkan kawasan itu atas alasan keselamatan.

“Kapten kapal China terbabit cuba menyelamatkan nelayan Filipina tetapi bimbang dikepung bot nelayan Filipina lain,” menurut satu kenyataan.

Kenyataan itu menyifatkan insiden tersebut sebagai bukan insiden langgar lari seperti yang didakwa pihak berkuasa Filipina, kerana bot pukat tunda terbabit ‘mengesahkan bahawa nelayan dari bot Filipina diselamatkan,”

Bagaimanapun kenyataan daripada 22 nelayan Filipina berbeza kerana mereka mengatakan terpaksa menunggu beberapa jam di dalam air sebelum diselamatkan.

Mereka akhirnya diselamatkan oleh sebuah bot Vietnam dan dihantar pulang Jumaat lalu menaiki kapal tentera laut Filipina.

Pengawal pantai Filipina sudah memulakan siasatan berhubung insiden berkenaan yang disifatkan jurucakap Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sebagai "melampau dan kejam".

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan