Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China nafi intip hal ehwal, politik Britain

Anggaran Waktu Membaca:
China nafi intip hal ehwal, politik Britain

(Gambar: AP/Alastair Grant)

Diterbitkan : 14 Jan 2022 09:13PM Dikemas Kini : 14 Jan 2022 09:14PM

BRITAIN: Kedutaan China di London menafikan segala dakwaan mengintip oleh agensi risikan Britain MI5.

Ini selepas Britain mengeluarkan amaran para Anggota Parlimen negara itu sedang disasarkan oleh seorang ejen China.

Menurut agensi MI5, hasil siasatan mereka mendedahkan ada seorang peguam yang cuba campur tangan dalam politik bagi pihak Parti Komunis China.

China bagaimanapun menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam hal ehwal dalam negeri negara-negara lain.

China juga mendakwa menentang perbuatan fitnah dan ugutan terhadap masyarakat China di Britain.

Dalam amaran yang dikeluarkan semalam, MI5 mendakwa tentang peguam wanita bernama Christine Lee, yang mengaturkan derma untuk parti-parti politik dan para penggubal undang-undang Britain.

Beliau juga didakwa bekerjasama dengan Jabatan Kerja Barisan Parti Komunis China bagi mewujudkan landskap politik yang bersesuaian dengan agenda pemerintah China.

Menteri Dalam Negeri Britain, Priti Patel menyifatkan perbuatan peguam sebagai lebih rendah lagi daripada jenayah dan menjadi amaran kepada para ahli politik Britain.

Cik Patel berkata kerajaan Britain telah meneliti perkara tersebut buat tempoh masa yang lama dan ia merancang untuk memperkukuhkan undang-undang pengintipannya.

Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan