Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China nafi dakwaan intip prasarana penting Barat

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Pemerintah China menyangkal dakwaan bahawa kumpulan perisiknya sedang mengintip pelbagai prasarana penting negara Barat.

Ia menyifatkan amaran bersama yang dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara sekutunya sebagai "kempen bersama untuk menyebarkan maklumat palsu".

Jurucakap Menteri Luar China Mao Ning memberitahu wartawan bahawa amaran yang dikeluarkan oleh AS, Britain, Kanada, Australia dan New Zealand bertujuan untuk mempromosikan persekutuan perisikan mereka yang digelar 'Five Eyes'.

Tambah beliau Washington yang bersalah atas kegiatan menggodam.

"Amerika Syarikat adalah empayar penggodaman," kata Encik Mao.

Reaksi tersebut susuli beberapa amaran yang dikeluarkan oleh negara-negara Five Eyes serta syarikat teknologi utama AS Microsoft Corp, mengenai kegiatan kumpulan penggodam yang ditaja pemerintah China, "Volt Typhoon".
Biarpun penggodam China diketahui mengintip Barat, Volt Typhoon mencetuskan kebimbangan kerana tumpuannya pada prasarana penting AS. Ini termasuk rangkaian komunikasi yang menghubungkan negara itu dengan Pasifik, kata penganalisis.

Tumpuan kumpulan itu juga sedang menarik perhatian.

Syarikat keselamatan siber, Secureworks, menyatakan bahawa ia sudah menangani sekurang-kurangnya tiga kes godaman yang dilakukan Volt Typhoon.

Syarikat itu juga menyokong penilaian pihak Barat tentang asal usul kumpulan itu. Menurutnya kumpulan penggodam itu yang diberi panggilan "Bronze Silhoutte", mungkin beroperasi bagi pihak Beijing.

Secureworks, sebuah cabang Dell Technologies, menyatakan bahawa perisik China sedang meningkatkan tindak balas disebabkan "tekanan daripada kepimpinan China."

Masih tidak jelas berapa banyak pertubuhan yang terjejas oleh tindakan penggodaman itu.

Namun, Agensi Keselamatan Negara (NSA) AS menyatakan ia sedang bekerjasama dengan rakan kongsinya termasuk Kanada, New Zealand, Australia dan Britain, serta Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk mengenal pasti sebarang pencerobohan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan