China, Myanmar meterai perjanjian bekal vaksin separuh siap
Vaksin COVID-19 Sinopharm. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
YANGON: Kementerian Perindustrian Myanmar dan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) memeterai perjanjian pembekalan vaksin COVID-19 separuh siap.
Duta China ke Myanmar Chen Hai menyifatkan usaha sama itu signifikan untuk memperkasakan kerjasama kedua-dua negara bagi memerangi pandemik COVID-19.
“Pemeteraian perjanjian tersebut merupakan hasil penting yang dicapai kedua-dua negara dalam kerjasama pembotolan vaksin.
“Saya berharap vaksin Sinopharm keluaran tempatan dapat siap tidak lama lagi dan lebih ramai orang di Myanmar boleh mendapat akses kepada produk kesihatan awam itu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Menteri Perindustrian Myanmar Charlie Than berkata kerjasama antara pihaknya dengan Sinopharm adalah satu peristiwa penting.
Beliau berharap kedua-dua pihak dapat terus berganding bahu demi menghasilkan ubat-ubatan lain untuk sektor perubatan Myanmar.
Turut sama menyaksikan majlis itu secara maya ialah Duta Myanmar ke China, U Myo Thant Pe dan Pengerusi Sinopharm, Liu Jingzhen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.