Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China mungkin ada simpanan stok 1,500 kepala peledak nuklear jelang 2035

Anggaran Waktu Membaca:
China mungkin ada simpanan stok 1,500 kepala peledak nuklear jelang 2035

Sebuah kapal selam nuklear China. (Gambar: Mark Schiefelbein / POOL / AFP)

Diterbitkan : 30 Nov 2022 08:13AM Dikemas Kini : 30 Nov 2022 08:13AM
WASHINGTON: China berkemungkinan mempunyai simpanan stok sebanyak 1,500 kepala peledak nuklear menjelang tahun 2035 sekiranya ia terus membangunkan nuklearnya mengikut kadar semasa.

Demikian menurut laporan yang dikeluarkan Pentagon pada Selasa (29 Nov).

Perangkaan tersebut menekankan lagi kebimbangan Amerika Syarikat (AS) berhubung hasrat China untuk mengembangkan senjata nuklearnya. Ini meskipun unjuran tidak menunjukkan bahawa China sedang mempercepatkan lagi rentak pembangunan kepala peledak nuklearnya yang sudah rancak.

Laporan tersebut, yang terutamanya meliputi kegiatan-kegiatan pada 2021, menyatakan bahawa China mempunyai simpanan stok lebih 400 kepala peledak nuklear setakat ini.

Unjuran Pentagon di mana China akan mempunyai 1,000 kepala peledak nuklear menjelang 2030 kekal tidak berubah, menurut para pegawai. Mereka menambah perangkaan itu berdasarkan pengembangan bekalan senjata nuklear tersebut pada rentak yang tidak berubah.

China menjelaskan bahawa bekalan senjata nuklearnya lebih rendah berbanding AS dan Rusia. Negara itu menambah bahawa ia terbuka dan bersedia untuk menyertai dialog, namun hanya jika Washington mengurangkan bekalan senjata nuklearnya kepada paras setara dengan China.

AS mempunyai simpanan stok kira-kira 3,700 kepala peledak nuklear, di mana sekitar 1,740 sudahpun dilancarkan, menurut badan pemikir Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI).

Pemimpin China Xi Jinping memberi isyarat semasa Kongres Parti Komunis pada Oktober lalu bahawa China akan mengukuhkan langkah pencegahan strategiknya, yang mana ia merupakan istilah yang sering digunakan untuk menggambarkan senjata nuklear.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa