Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China muncul juara pertandingan Cabaran Robot Dalam Air Cerdik Sedunia

Pernahkah anda melihat robot berenang?

Anggaran Waktu Membaca:
China muncul juara pertandingan Cabaran Robot Dalam Air Cerdik Sedunia
Diterbitkan : 20 May 2019 09:04PM Dikemas Kini : 20 May 2019 09:08PM

TIANJIN, CHINA: Pernahkah anda melihat robot berenang?

Itulah yang dilakukan pasukan-pasukan universiti merata dunia dalam Cabaran Robot Dalam Air Cerdik Sedunia, di China.

Selain dari China, pasukan-pasukan Universiti dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia juga turut serta.

Robot-robot itu diberikan markah berdasarkan kelajuan di dalam air, kemampuan kamera dan kemahiran mencapai ketepatan tugasan.

Menerusi siaran video secara langsung, para penonton boleh melihat bagaimana robot-robot itu mengambil barang di dalam air dan meletakkan barang itu di dalam bekas yang diletakkan di bahagian lain kolam itu.

Universiti Nasional Pertahanan Teknologi China muncul juara dalam pertandingan tersebut.

Sumber : Agensi berita/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan