Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China mula beri vaksin COVID-19 menerusi kaedah sedutan

Anggaran Waktu Membaca:
SHANGHAI: Bandar Shanghai di China pada Rabu (26 Okt) sudah mula memberikan dos vaksin COVID-19 melalui kaedah sedutan.

China tidak mewajibkan vaksinasi tetapi ia ingin menggalak lebih ramai penduduk untuk mendapatkan dos penggalak sebelum ia dapat melonggarkan sekatan-sekatan pandemik.

Vaksin tersebut diberikan dalam bentuk semburan wap yang disedut menerusi mulut. Ia ditawarkan secara percuma sebagai dos penggalak kepada para penduduk yang sudahpun divaksin.

Para penduduk yang sudah mengambil vaksin tersebut berkata ia mempunyai rasa manis dan ibarat minum teh susu.

Vaksin tanpa suntikan itu mungkin dapat menggalak mereka yang tidak selesa dicucuk jarum agar mendapatkan dos vaksin.

Para pakar berkata vaksin yang diambil menerusi mulut itu mungkin dapat menawarkan perlindungan terhadap koronavirus sebelum ia menjangkiti sistem pernafasan, namun ia bergantung kepada saiz titisan vaksin.

Ia juga boleh membantu untuk meluaskan usaha vaksinasi di negara-negara kurang berkemampuan kerana ia lebih mudah untuk diberikan.
Sumber : AP/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan