China mengadu kepada Perancis selepas pelancong China cedera dalam rusuhan Marseille
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Ludovic Marin)
BEIJING: Konsulat Jeneral China di Marseille membuat aduan kepada Perancis selepas tingkap sebuah bas yang membawa sekumpulan pelancong China di bandar selatan itu dipecahkan dan mengakibatkan kecederaan ringan.
Demikian menurut Pejabat Ehwal Konsulat China dalam satu kenyataan pada Ahad (2 Jul).
Aduan rasmi Konsulat Jeneral itu menggesa Perancis supaya menjamin keselamatan rakyat China serta harta benda mereka, menurut kenyataan tersebut.
Bas itu diserang oleh penunjuk perasaan pada Khamis (27 Jun), menurut penyiar televisyen China CCTV, ketika keganasan yang melanda bandar-bandar Perancis sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Ia berpunca daripada pembunuhan seorang remaja berketurunan Afrika Utara oleh polis. Para pelancong China tersebut sudah meninggalkan Perancis, menurut kenyataan Pejabat Konsular.
Rakyat China di Perancis atau yang ingin ke negara itu disuruh untuk "cuba mengelakkan pertempuran" dan "lebih berjaga-jaga dan waspada" di tengah-tengah rusuhan yang berlangsung di seluruh Perancis sejak beberapa hari ini, tambah kenyataan pejabat Konsular itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.