Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China mempergiat perjanjian elak perang dagang dengan AS

China sedang mempergiat usaha untuk mencapai perjanjian bagi mengelakkan perang dagang dengan Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Feb 2019 07:39PM Dikemas Kini : 24 Feb 2019 09:29PM

WASHINGTON: China sedang mempergiat usaha untuk mencapai perjanjian bagi mengelakkan perang dagang dengan Amerika Syarikat.

Menurut Agensi berita Xinhua, Naib Perdana Menteri yang juga ketua perunding China, Liu He berkata kedua-dua pihak akan bertemu lagi hari ini (24 Feb) dalam usaha mencapai perjanjian sebelum tarikh akhir 1 Mac ini.

Presiden Donald Trump mengancam untuk menaikkan cukai sehingga 25 peratus ke atas barangan yang diimport dari China, jika satu perjanjian tidak dicapai 1 Mac ini.

Rundingan di Washington sudah dilanjutkan sepanjang hujung minggu ini selepas kedua-dua perwakilan melaporkan kemajuan baik bagi merapatkan jurang perbezaan.

Para pegawai Amerika dan China dilaporkan sudah mencapai persetujuan mengenai isu-isu mata wang.

Sebelum ini Washington mendakwa China sengaja menurunkan nilai mata wang Yuan bagi mendapatkan kelebihan dagangan. 

Sumber : Reuters/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan