China mahu adakan rundingan perdagangan: Trump
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa (6 Mei) mendakwa bahawa pegawai-pegawai dari China menunjukkan hasrat untuk berunding bagi meredakan perang dagangan antara kedua-dua kuasa besar. Maka itu, rundingan akan diadakan "pada masa yang sesuai", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Mereka mahu berunding dan mengadakan pertemuan.
“Dan kami akan bertemu dengan mereka pada masa yang sesuai,” kata Encik Trump di Rumah Putih ketika bersama Perdana Menteri Kanada, Mark Carney.
Pentadbiran Encik Trump mengenakan tarif sehingga 145 peratus ke atas barangan import dari China.
Sebagai tindak balas, Beijing pula memperkenalkan tarif sehingga 125 peratus terhadap barangan dari Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak memberikan pengecualian terhadap beberapa barangan tertentu yang dianggap penting, seperti beberapa produk elektronik tertentu bagi mengurangkan kesan ekonomi yang lebih besar.
Encik Trump sebelum ini mengeluarkan beberapa kenyataan bercanggah mengenai status rundingan dengan Beijing. Antaranya, terdapat pertukaran komunikasi antara kedua-dua pihak, termasuk satu panggilan telefon antara beliau dengan Presiden China Xi Jinping. Namun, Beijing menafikan dakwaan itu.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.