Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China luluskan undang-undang baru bagi lindungi wanita; dipinda buat pertama kali sejak 30 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
China luluskan undang-undang baru bagi lindungi wanita; dipinda buat pertama kali sejak 30 tahun

(Gambar hiasan: AP Photo/Ng Han Guan)

HONG KONG: China pada Ahad (30 Okt) meluluskan undang-undang yang bermatlamat untuk memberikan kaum wanita lebih banyak perlindungan daripada disriminasi jantina dan gangguan seksual.

Ini selang beberapa hari selepas rang undang-undang itu diserahkan kepada badan perundangan tertinggi negara tersebut selepas ia disemak buat kali ketiga dan menerima maklum balas yang meluas daripada orang ramai.

Rang undang-undang itu diusulkan selepas para aktivis menyuarakan keprihatinan terhadap peningkatan pada retorik pemerintah mengenai nilai peranan tradisional wanita, yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai satu kemunduran kepada hak wanita sikap yang lebih ketat terhadap pengguguran kandungan.

Namun, belum jelas sejauh mana sikap yang lebih konservatif itu akan dipaparkan dalam undang-undang baru itu. Tiada perincian didedahkan sejauh ini kecuali berita bahawa undang-undang baru itu telah diluluskan.

Sungguhpun demikian, ia merupakan kali pertama dalam tempoh 30 tahun di mana undang-undang berhubung perlindungan wanita dipinda.

Rang undang-undang, yang diberi nama Undang-Undang Perlindungan Hak dan Kepentingan Wanita, diserahkan kepada Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) pada Khamis (27 Okt).

Pengumuman mengenai undang-undang yang diluluskan itu dibuat di laman web NPC.

Agensi berita Xinhua melaporkan pada Khamis bahawa undang-undang itu akan "menguatkan lagi perlindungan hak dan kepentingan golongan-golongan yang lemah seperti wanita miskin, wanita warga emas dan wanita yang kurang upaya".

Para majikan akan dipertanggungjawabkan sekiranya hak kerja dan keselamatan sosial serta kepentingan wanita dicabuli. Selain itu, sebarang tindakan untuk menghalang usaha bagi menyelamatkan kaum wanita daripada diperdagangkan dan diculik akan dijadikan sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan