Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China luluskan undang-undang bagi kurangkan tekanan terhadap pelajar

China meluluskan undang-undang pendidikan yang bertujuan untuk mengurangkan "tekanan kembar" iaitu kerja rumah dan kelas tuisyen bagi subjek-subjek utama, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu (23 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
China luluskan undang-undang bagi kurangkan tekanan terhadap pelajar

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Oct 2021 01:55PM Dikemas Kini : 23 Oct 2021 02:00PM

SHANGHAI: China meluluskan undang-undang pendidikan yang bertujuan untuk mengurangkan "tekanan kembar" iaitu kerja rumah dan kelas tuisyen bagi subjek-subjek utama, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu (23 Okt).

Beijing melaksanakan langkah-langkah lebih tegas tahun ini, dari menangani ketagihan permainan online dalam kalangan remaja hingga ke pemujaan selebriti-selebriti Internet.

Parlimen China pada Isnin menyatakan bahawa ia akan menimbangkan pelaksanaan undang-undang untuk menghukum ibu bapa jika anak-anak mereka memperlihatkan "tingkah laku sangat buruk" atau melakukan jenayah.

Undang-undang baru itu yang belum diterbitkan sepenuhnya, mempertanggungjawabkan pemerintah tempatan dalam memastikan tekanan kembar itu dapat dikurangkan dan meminta ibu bapa supaya mengatur masa anak-anak mereka dengan memperuntukkan masa berehat dan bersenam, justeru mengurangkan tekanan, menurut agensi itu, selain mengelakkan penggunaan Internet yang keterlaluan.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Kementerian Pendidikan China menghadkan waktu bermain permainan video bagi golongan bawah umur, dengan membenarkan mereka untuk bermain permainan online selama sejam sahaja pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Ia juga mengurangkan kerja rumah yang diberikan oleh pihak sekolah dan mengharamkan kelas tuisyen di luar waktu sekolah bagi subjek-subjek utama pada hujung minggu dan cuti sekolah, menyusuli keprihatinan terhadap beban akademik kanak-kanak yang sebelum ini sudahpun terbeban dengan kelas-kelas sedemikian.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan