China luluskan pil Paxlovid keluaran Pfizer untuk rawat COVID-19
(Gambar: Pfizer/AFP)
BEIJING: Pengawal selia produk perubatan di China mengumumkan pada Sabtu (12 Feb) bahawa pihaknya sudah memberikan kelulusan bersyarat bagi rawatan pil COVID-19 Pfizer, Paxlovid di negara itu.
Jabatan Pentadbiran Produk Perubatan Nasional mengumumkan bahawa Paxlovid sudah memperolehi kelulusan bersyarat untuk merawat orang dewasa yang mengalami gejala ringan hingga sederhana jangkitan COVID-19 dan juga mereka yang berisiko tinggi sakit teruk.
Sungguhpun demikian, kajian lanjut mengenai rawatan pil itu perlu dijalankan dan dapatannya diserahkan kepada pihak berkuasa, menurut penguasa itu.
Sejauh ini, Paxlovid sudah diluluskan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Israel. Kesatuan Eropah (EU) juga sudah membenarkan negara-negara anggota untuk menggunakan ubat itu sebelum kelulusan rasmi diberikan sebagai langkah darurat terhadap penularan varian Omicron.
Tidak seperti vaksin-vaksin COVID-19 yang lain, rawatan ini tidak menyasarkan protein peplomer yang digunakan oleh koronavirus untuk menyerang sel-sel dalam tubuh.
Tanah besar China di mana koronavirus itu mula dikesan pada lewat 2019 belum pernah
meluluskan sebarang vaksin buatan negara asing untuk melawan COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.