Skip to main content

Dunia

China luluskan beberapa pengecualian tarif Amerika Syarikat, kurangkan kesan perang dagang

Anggaran Waktu Membaca:
China luluskan beberapa pengecualian tarif Amerika Syarikat, kurangkan kesan perang dagang

Lori lalu sebelah kontena di pelabuhan terminal kontena Sungai Yangtze di bandar Chongqing, barat laut China pada 20 Apr 2025. (Gambar fail: Chinatopix/AP)

BEIJING: China memberikan beberapa pengecualian ke atas import Amerika Syarikat daripada tarif 125 peratus, menurut perniagaan yang sudah dimaklumkan, dan negara itu sedang meminta mereka untuk mengenal pasti barangan yang mungkin layak bagi pengecualian tersebut. Ini adalah tanda paling jelas setakat ini bahawa Beijing bimbang tentang kesan ekonomi daripada perang dagangan dengan Washington.

Sebuah pasukan bertindak Kementerian Perdagangan sedang mengumpul senarai barangan yang boleh dikecualikan daripada tarif tersebut dan meminta syarikat-syarikat supaya mengemukakan permintaan mereka sendiri, kata seorang yang mengetahui berpengetahuan tentang perkara itu.

Beberapa syarikat yang diwakili oleh kumpulan perniagaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa mereka import barangan pada minggu lalu tanpa dikenakan tarif baharu, tambah Hart.

Kementerian Perdagangan China menyatakan pada Khamis bahawa pihaknya mengadakan pertemuan dengan lebih 80 syarikat asing dan dewan perniagaan di China untuk membincangkan kesan tarif Amerika Syarikat terhadap pelaburan dan operasi firma asing di negara tersebut.

Pengecualian tarif yang sedang dipertimbangkan oleh Beijing akan memberikan kelonggaran kos kepada syarikat-syarikat di China, daripada pembuat ubat-ubatan hingga ke syarikat penerbangan, dan membenarkan import yang lebih murah untuk semua peralatan daripada semikonduktor hingga ke petrokimia. Ia juga boleh mengurangkan tekanan terhadap eksport Amerika Syarikat pada masa pentadbiran Trump menunjukkan tanda-tanda ingin membuat perjanjian dengan Beijing.

Dewan Perniagaan Kesatuan Eropah di China juga menyatakan pihaknya membangkitkan isu pengecualian tarif dengan kementerian perdagangan dan sedang menunggu jawapan.

Presidennya Jens Eskelund berkata: "Ramai syarikat anggota kami terjejas teruk oleh tarif terhadap komponen kritikal yang diimport dari AS."

Satu senarai merangkumi 131 kategori produk dikatakan sedang dipertimbangkan untuk pengecualian tarif telah diedarkan di platform media sosial China dan dalam kalangan perniagaan dan kumpulan perdagangan pada hari Jumaat. Reuters tidak dapat mengesahkan senarai itu, yang turut ambil kira barangan seperti vaksin, bahan kimia yang digunakan enjin jet.

Agensi kastam dan Kementerian Perdagangan China tidak membalas permintaan untuk dapat komen, sejauh ini.

Meskipun Washington sebelum ini menyatakan pertikaian dagang dengan China tidak bawa manfaat dari segi ekonomi dan sudahpun menawarkan pengecualian ke atas beberapa barangan elektronik, China berulang kali mengingatkan bahawa pihaknya sedia berjuang mati-matian kecuali jika Amerika tarik balik tarifnya sebanyak 145 peratus.
Sumber : AP/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita