Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China luah rasa tidak puas hati ekoran kenyataan Biden

Anggaran Waktu Membaca:
China luah rasa tidak puas hati ekoran kenyataan Biden

Gambar: Ministry of Foreign Affairs of the People's Republic of China

Diterbitkan : 19 Sep 2022 06:36PM Dikemas Kini : 19 Sep 2022 06:36PM
BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan pada Isnin (19 Sep) bahawa negara itu sudah meluahkan "rasa tidak puas hati yang tegas" terhadap Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Joe Biden berkata pasukan AS akan mempertahankan Taiwan sekiranya diceroboh China.

China mempunyai hak untuk mengambil semua langkah yang wajar sebagai tindak balas terhadap kegiatan yang memecahbelahkan negara, kata Mao Ning, jurucakap Kementerian Luar China, di sebuah taklimat media, lapor Reuters.

"Kami bersedia melakukan yang terbaik untuk beruasah mencapai penyatuan semula secara aman. Namun pada waktu yang sama, kami tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang aktiviti yang bertujuan untuk memecahbelahkan," katanya.

Beliau juga menggesa AS supaya menangani isu-isu berkaitan dengan Taiwan "secara berhati-hati dan dengan teliti" serta tidak menghantar "isyarat yang salah" kepada pasukan pemisah kemerdekaan Taiwan. Beliau turut memberi amaran kepada AS supaya tidak merosakkan hubungan China dengan AS dan menjejas keamanan di selat Taiwan.

"Hanya ada satu China di seluruh dunia, Taiwan adalah sebahagian daripada China dan pemerintah Republik Rakyat China adalah satu-satunya pemerintah China yang sah,"tekannya.
Sumber : Reuters/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa