Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China longgarkan sekatan kemasukan untuk rakyat AS

Anggaran Waktu Membaca:
CHINA: China akan melonggarkan sekatan kemasukan bagi warga Amerika Syarikat (AS), membolehkan mereka masuk melalui negara ketiga semasa transit.

Demikian menurut notis yang dikeluarkan pada lewat Jumaat (1 Jul) oleh kedutaan China di Washington. Langkah itu akan melonggarkan sekatan yang dikenakan di Beijing untuk mengekang penularan COVID-19.

Dasar tegar "sifar COVID" di China yang bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan daripada pelawat yang tiba dari luar negara telah menyebabkan lebih banyak sekatan dikenakan bagi perjalanan antarabangsa.

Ia termasuk dalam isu permohonan pasport bagi rakyat China dan sekatan kuarantin yang tegas buat pelawat semasa ketibaan.

Menurut kenyataan dasar yang dikemas kini, rakyat AS dengan ujian negatif COVID-19 yang ingin pergi ke China kini boleh memohon dan mendapatkan kod kesihatan hijau untuk perjalanan masuk dari Amerika Syarikat ataupun negara ketiga.

Sebelum ini, kedutaan China hanya akan memberikan kod kesihatan hijau kepada rakyat AS yang terbang masuk langsung dari Amerika Syarikat.

Sekatan yang sama dilonggarkan bagi pelawat negara lain, baru-baru ini.

Perubahan tersebut berikutan kelonggaran peraturan ujian COVID-19 untuk pelawat yang tiba di China daripada negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat yang diumumkan pada 18 Mei.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan