Skip to main content

Dunia

China larang import makanan laut dari Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China mengharamkan semua import makanan laut dari Jepun.

Ia merupakan tindak balas terhadap langkah Jepun melepaskan air radioaktif yang sudah dirawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Khamis (24 Ogos). Jepun menegaskan bahawa operasi tersebut selamat untuk dijalankan.

China adalah pembeli terbesar makanan laut dari Jepun tahun lalu, membentuk sekitar 25 peratus daripada penjualannya.

Menteri Kewangan China mengatakan dalam satu kenyataan bahawa pelepasan air tersebut adalah "tindakan yang sangat mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab", yang akan "menolak risiko kepada seluruh dunia (dan) memberi kesusahan kepada generasi akan datang."

Menurut pihak kastam China, ia akan mula "mengharamkan import barangan laut dari Jepun mulai 24 Ogos 2023, termasuk makanan laut".

Selain China, tindakan Jepun melepaskan air berkenaan ke Lautan Pasifik juga mencetuskan bantahan keras di Korea Selatan.

Polis menangkap 14 penunjuk perasaan yang cuba menyerbu Kedutaan Jepun di ibu kota Seoul, semalam.

Pemerintah Korea Selatan mengekalkan larangan import ikan dan produk makanan dari 10 wilayah Jepun.

Seoul juga meminta Tokyo agar telus dalam mendedahkan maklumat mengenai pelepasan air itu yang dijangka selesai dalam masa kira-kira 30 tahun.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita