China lapor wabak demam babi Afrika pertama di Beijing
Kementerian pertanian China menyatakan pada Jumaat (23 Nov) bahawa pihaknya sudah mengesahkan penularan demam babi Afrika di dua ladang penternakan di Beijing, antara kes-kes pertama di ibu negara China.

Gambar fail para pekerja di loji Shuanghui.
BEIJING: Kementerian pertanian China menyatakan pada Jumaat (23 Nov) bahawa pihaknya sudah mengesahkan penularan demam babi Afrika di dua ladang penternakan di Beijing, antara kes-kes pertama di ibu negara China.
Wabak itu dikesan di dua ladang penternakan di daerah Fangshan, di barat daya bandar itu, menurut kementerian tersebut.
Sekitar 70 kes demam babi Afrika yang mudah dijangkiti itu sudah dilaporkan di China sejak awal Ogos. Wabak itu tidak menjejas manusia tetapi boleh menyebabkan kematian haiwan-haiwan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.