Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China lapor jumlah kes harian COVID-19 paling tinggi sejak Januari

Sebanyak 96 kes baru COVID-19 dilaporkan di China pada Rabu (4 Ogos) iaitu yang jumlah paling tinggi dicatatkan sejak Januari sedang beberapa bandar mengetatkan lagi sekatan.

Anggaran Waktu Membaca:
China lapor jumlah kes harian COVID-19 paling tinggi sejak Januari

Para penduduk menantikan giliran mendapatkan suntikan vaksin. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 04 Aug 2021 06:07PM Dikemas Kini : 04 Aug 2021 06:08PM

BEIJING: Sebanyak 96 kes baru COVID-19 dilaporkan di China pada Rabu (4 Ogos) iaitu yang jumlah paling tinggi dicatatkan sejak Januari sedang beberapa bandar mengetatkan lagi sekatan.

71 daripada kes baru itu merupakan jangkitan tempatan iaitu lebih tinggi berbanding semalam (3 Ogos), bahkan jumlah kes terus meningkat sepanjang lima hari berturut-turut sejak 30 Julai.

Virus varian Delta yang mudah berjangkit juga dikesan di puluhan bandar China sejak lewat bulan lalu termasuk ibu kota Beijing, Wuhan dan Chongqing.

Pemerintah juga melaksanakan sekatan di Hunan dengan semua penduduk dan pelancong dilarang meninggalkan wilayah itu.

Sejak minggu lalu, ujian besar-besaran COVID-19 sudahpun dijalankan di wilayah tersebut.

Sementara itu, bandar Wuhan pula sedang melakukan ujian mengesan penyakit tersebut, meliputi kesemua 11 juta penduduknya. Ini selepas tujuh kes tempatan COVID-19 dikesan, yang pertama di bandar itu dalam masa lebih setahun. 

Sumber : Reuters/RU/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa