Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China lapor 5 kes strain mpox baharu

Anggaran Waktu Membaca:
China lapor 5 kes strain mpox baharu

(Gambar: NIAID)

Diterbitkan : 10 Jan 2025 07:55AM Dikemas Kini : 10 Jan 2025 11:29AM
BEIJING: China pada Khamis (9 Jan) mencatat lima kes strain mutasi baharu mpox, clade Ib, namun "wabak itu sudah ditangani dengan berkesan".

Mpox adalah virus yang menjangkiti manusia daripada haiwan, namun boleh merebak dari manusia ke manusia melalui kontak rapat.

Ia menyebabkan gejala seperti demam, sakit otot serta ruam pada kulit dan melepuh seperti bisul, dan boleh membawa maut.

Pada Ogos tahun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun berikutan wabak di Republik Demokratik Congo (DRC), di mana ia meragut leboh 1,000 nyawa.

Dua hari selepas pengisytiharan WHO pada Ogos, China mengumumkan bahawa ia akan memeriksa pelawat yang memasuki negaranya selama enam bulan akan datang.

Pihak berkuasa China pada Khamis menyatakan ia mengesan strain mutasi baharu mpox, Clade Ib ketika jangkitan virus itu merebak ke lebih banyak negara.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China berkata, pihaknya menemui wabak kelompok Clade Ib bermula dengan jangkitan membabitkan seorang warga asing yang mempunyai sejarah perjalanan dan kediaman di Republik Demokratik Congo.

Empat lagi kes dikesan pada individu yang dijangkiti kerana mempunyai kontak rapat dengan warga asing itu.

"Individu yang dijangkiti dan berisiko sedang menerima rawatan perubatan dan pemerhatian kesihatan, dan wabak itu sudah ditangani dengan berkesan," tambah CDC.

Sehingga kini, tiada kes ditemui dalam kalangan kontak lain, dedah pihak berkuasa kesihatan tersebut.

Menurut WHO, kes mpox dilaporkan di lebih 120 negara sejak 2022.
Sumber : AFP/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan