China lapor 1,012 kes baru COVID-19; tertinggi dalam 2 bulan
Anggaran Waktu Membaca:
SHANGHAI: China melaporkan 1,012 kes baru COVID-19 pada Selasa (19 Jul). 150 daripada jumlah tersebut adalah individu bergejala dan lagi 862 tidak menunjukkan gejala jangkitan.
Demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional pada Rabu (20 Jul).
Ia merupakan kali pertama jumlah kes mencecah 1,000 sejak 20 Mei.
Jumlah itu lebih tinggi berbanding 776 kes baru yang dicatatkan pada Isnin (18 Jul) dengan 237 kes bergejala dan 539 tanpa gejala yang diambil kira secara berasingan di China.
Tiada kematian baru dilaporkan. Angka korban di China kekal pada paras 5,226.
Setakat 19 Jul, China sudah mengesahkan 227,980 kes bergejala.
Ibu kota China, Beijing, melaporkan satu kes tempatan bergejala yang dicatatkan sebagai tidak bergejala sehari lebih awal. Tiada kes bergejala dilaporkan pada hari sebelumnya.
Tiada kes bergejala dilaporkan oleh Beijing pada 19 Jul berbanding satu kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya, menurut pemerintah tempatan.
Shanghai melaporkan lima kes baru bergejala berbanding empat kes pada hari sebelumnya.
Sepuluh kes tempatan tidak bergejala dicatatkan berbanding 19 kes pada hari sebelumnya, menurut data pemerintah tempatan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.