Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China lantik bekas ketua separa tentera sebagai komander PLA Hong Kong

China melantik bekas ketua separa tentera, Peng Jingtang, sebagai komander baru barisan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di Hong Kong, lapor penyiar CCTV lewat Ahad, memetik jurucakap PLA.

Anggaran Waktu Membaca:
China lantik bekas ketua separa tentera sebagai komander PLA Hong Kong

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Jan 2022 12:26PM Dikemas Kini : 10 Jan 2022 12:26PM

SHANGHAI: China melantik bekas ketua separa tentera, Peng Jingtang, sebagai komander baru barisan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di Hong Kong, lapor penyiar CCTV lewat Ahad, memetik jurucakap PLA.

Peng, yang berpangkat mejar jeneral, sebelum ini adalah timbalan ketua kakitangan pasukan polis separa tentera China, Polis Bersenjata Rakyat.

Pelantikannya ditandatangani Presiden China Xi Jinping, kata CCTV.

Menurut Global Times, akhbar yang diterbitkan media rasmi People's Daily, Peng sebelum ini juga adalah ketua turus Angkatan Polis Bersenjata di Xinjiang, di mana Beijing dituduh Washington melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Uyghurs dan dan kumpulan lain Muslim. China menafikan sebarang penganiayaan di Xinjiang.

CCTV memetik Peng sebagai berkata, dengan pelantikan barunya, beliau akan bekerjasama dengan semua anggota PLA untuk mengikut perintah Parti Komunis yang memerintah dan Presiden Xi, dan tegas mempertahankan kedaulatan negara dan kepentingan keselamatan.

Hong Kong kembali kepada pemerintahan China pada tahun 1997 dengan janji bahawa hak individu yang luas akan dilindungi.

Namun, aktivis prodemokrasi dan kumpulan hak asasi manusia berkata, kebebasan telah terhakis, khususnya sejak China mengenakan undang-undang keselamatan negara yang baru selepas beberapa bulan tunjuk perasaan prodemokrasi yang ganas pada 2019.

Sumber : Reuters/SU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa