China lancarkan pesawat amfibia terbesar di dunia
China mencatat satu lagi kejayaan dalam program pemodenan ketenteraannya dengan pelancaran pesawat amfibia buatan tempatan yang terbesar di dunia hari ini (24 Dis).
BEIJING: China mencatat satu lagi kejayaan dalam program pemodenan ketenteraannya dengan pelancaran pesawat amfibia buatan tempatan yang terbesar di dunia hari ini (24 Dis).
Pesawat AG600 itu berlepas dari lapangan terbang Zhuhai di wilayah Guangdong, lapan tahun selepas projek itu dimulakan.
Pesawat yang sebesar Boeing 737 itu dilengkapi peralatan tentera tetapi penggunaan utamanya adalah bagi kerja-kerja memadam api dan menyelamat di laut.
Agensi berita tempatan, Xinhua, menyifatkan pesawat berkenaan sebagai pelindung laut, pulau dan terumbu.
Pelancarannya dilakukan sedang China mengambil pendekatan lebih agresif dalam pertikaian wilayah seperti di Laut China Selatan.
Pesawat baru itu dikatakan boleh sampai ke kawasan-kawasan di mana China sedang menjalankan projek pembinaan pulau di Laut yang dipertikaikan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.