Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China laksanakan sekatan ke atas Pelosi susuli lawatan ke Taiwan

Kementerian luar China menyatakan Cik Pelosi "benar-benar campur tangan dalam ehwal dalaman China dan melemahkan kedaulatan dan integriti kawasan China" dengan lawatannya ke Taiwan.

Anggaran Waktu Membaca:
China laksanakan sekatan ke atas Pelosi susuli lawatan ke Taiwan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Aug 2022 07:25PM Dikemas Kini : 05 Aug 2022 07:25PM
BEIJING: Kementerian luar China mengumumkan sekatan terhadap Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi pada Jumaat (5 Ogos) selepas lawatannya ke Taiwan minggu ini mencetuskan kemarahan dan pengerahan pasukan tentera dari Beijing.

Kementerian itu menyatakan Cik Pelosi "benar-benar campur tangan dalam ehwal dalaman China dan secara serius melemahkan kedaulatan dan integriti kawasan China" melalui lawatan itu, dan Beijing akan "mengenakan sekatan ke atas Pelosi dan keluarga terdekatnya" tanpa memberikan butiran lanjut.

China mengumumkan beberapa sekatan ke atas sebilangan pegawai AS sejak beberapa tahun lalu kerana menentang apa yang disifatkannya sebagai melanggar kepentingan utamanya dan bersuara lantang mengenai isu-isu hak kemanusiaan di Hong Kong dan rantau Xinjiang.

Pada Mac lalu, Beijing menyatakan pihaknya mengenakan sekatan visa ke atas senarai pegawai AS yang tidak didedahkan, yang dipercayai "mengada-adakan pembohongan berhubung isu hak kemanusiaan melibatkan China".

Mantan setiausaha negara AS Mike Pompeo, serta Peter Navarro - penasihat perdagangan kepada mantan Presiden Donald Trump - adalah antara mereka yang dikenakan sekatan sebelum ini dan dilarang memasuki China dan melakukan perniagaan dengan entiti-entiti China.

Parti Komunis Beijing menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berikrar untuk mengambilnya semula secara paksa jika perlu.

Pemerintah China membalas dengan ancaman keras dan latihan ketenteraan menjelang dan selepas lawatan Cik Pelosi, yang mana ia disifatkan sebagai hubungan kian kukuh, yang tidak dapat diterima, antara Washington dengan pemipin prokemerdekaan sedia ada di Taiwan.
Sumber : AFP/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa