China kritik tarif tidak adil suruhanjaya Eropah terhadap kenderaan elektriknya
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Kementerian Perdagangan China mengkritik rancangan Suruhanjaya Eropah untuk mengenakan duti import sehingga 36.3 peratus ke atas kenderaan elektrik (EV) buatan China, dan berjanji akan mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi hak mahupun kepentingan sah syarikat-syarikat China.
Bulan lalu, suruhanjaya itu mengenakan tarif tambahan sementara sehingga 37.6 peratus ke atas pengeluar EV China selepas melancarkan siasatan antisubsidi terhadap EV China pada Oktober 2023, lapor Xinhua.
Pada Selasa (20 Ogos), Suruhanjaya Eropah menerbitkan draf rancangan untuk menjadikan tarif itu muktamad, tertakluk kepada kelulusan negara-negara anggota EU.
Menurut jurucakap kementerian, proses siasatan antisubsidi suruhanjaya terhadap EV China tidak mematuhi peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan merupakan tindakan "persaingan tidak adil" yang berselindung di sebalik "persaingan adil."
Jurucakap tersebut juga menegaskan bahawa amalan salah suruhanjaya itu akan mengganggu kestabilan rantaian bekalan automotif global, di samping menjejas kepentingan pengguna Eropah.
Selain itu, ia juga dijangka menjejas transformasi hijau EU dan kerjasama global dalam menangani perubahan iklim.
Jurucakap itu menambah, kedua-dua pihak mengadakan lebih 10 pusingan rundingan teknikal mengenai kes berkenaan sejak akhir Jun dan menyeru EU mengambil langkah praktikal bagi mengelakkan peningkatan pertikaian perdagangan.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.