Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, China & Korea Utara setuju isytihar tamat perang Korea

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berkata Amerika Syarikat, China dan Korea Utara pada dasarnya sudah bersetuju untuk mengisytiharkan secara rasmi berakhirnya Perang Korea yang berlaku antara 1950 hingga 1953.

Anggaran Waktu Membaca:
AS, China & Korea Utara setuju isytihar tamat perang Korea

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in pada 13 Dis 2021 ketika membuat lawaran rasmi tiga hari ke Australia. (Gambar: LUKAS COCH / AFP)

Diterbitkan : 13 Dec 2021 05:09PM Dikemas Kini : 13 Dec 2021 05:22PM

CANBERRA: Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berkata Amerika Syarikat, China dan Korea Utara pada dasarnya sudah bersetuju untuk mengisytiharkan secara rasmi berakhirnya Perang Korea yang berlaku antara 1950 hingga 1953.

Presiden Moon berkata demikian semasa melakukan lawatan rasmi ke Australia di mana beliau berunding dengan Perdana Menteri Scott Morrison.

Menurut Presiden Moon, Korea Selatan akan berusaha memastikan rancangan perisytiharan itu menjadi kenyataan.

Presiden Moon berkata beliau percaya perisytiharan itu akan membantu menggerakkan semula rundingan antara dua negara Korea dan juga antara Korea Utara dengan Amerika Syarikat.

Semasa lawatan rasmi Presiden Moon itu, Korea Selatan dan Australia bersetuju untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada "Perkongsian Strategik Menyeluruh".

Kedua-dua pemimpin telah menandatangani perjanjian pertahanan bernilai A$1 bilion (S$977 juta).

Di bawah perjanjian tersebut, Australia akan membeli meriam, kenderaan pembekal peluru dan radar dari sebuah syarikat pertahanan Korea Selatan.

Kontrak ini dipercayai kontrak pertahanan terbesar antara Australia dengan sebuah negara Asia.

Sumber : Agensi berita/NU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan