China, Korea Selatan sambut ulang tahun hubungan diplomatik ke-75
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP PHOTO/KCNA VIA KNS)
SEOUL: Pemimpin China dan Korea Selatan pada Ahad (6 Oct) berikrar untuk meningkatkan hubungan dua hala pada ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, lapor agensi berita Pyongyang, KCNA.
"Saya mengambil berat terhadap pembangunan hubungan China-DPRK," kata Presiden China Xi Jinping dalam pesanannya kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.
Encik Xi berkata China bersedia untuk terus "menulis lembaran baharu" bagi hubungan kedua-dua negara, menerusi komunikasi dan kerjasama yang diperkukuhkan.
Setakat ini, China adalah rakan perdagangan terbesar Korea Utara. Kedua-dua negara berkongsi sejarah yang panjang. Beijing memberi sokongan kepada Pyongyang semasa Perang Korea 1950-1953, yang membawa kepada penubuhan Korea Utara dan Selatan.
Namun, China bertindak secara berhati-hati selepas Encik Kim mengeratkan hubungan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin pada Jun. Tahun ini, Korea Utara dan Rusia menandatangani perjanjian strategik, termasuk elemen pertahanan bersama.
Dalam pesanannya kepada Encik Xi, Encik Kim berjanji untuk "berusaha menyatukan dan menjalin hubungan muhibbah serta kerjasama antara DPRK dengan China, yang diperlukan dalam era baharu ini".
Korea Utara dijangka menyemak semula perlembagaannya untuk meninggalkan matlamat lamanya, iaitu bersatu kembali dengan Korea Selatan secara damai, dan mencipta sempadan Korea baharu.
Menurut pakar, langkah tersebut boleh meningkatkan ketegangan di semenanjung itu. Korea Utara akan mengadakan sidang parlimen untuk membincangkan pindaan tersebut pada Isnin (7 Oct).
Terdapat kebimbangan bahawa Korea Utara akan bersatu dengan Korea Selatan secara paksa, termasuk menggunakan senjata nuklear, di bawah perlembagaan baharu itu, kata Lim Eul-chul, seorang profesor pengajian Korea Utara di Universiti Kyungnam Korea Selatan.
Pada Jumaat (4 Okt), Encik Kim berkata negaranya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan sebarang kuasa termasuk senjata nuklear, jika musuh cuba menceroboh kedaulatannya menerusi kekerasan.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.