Skip to main content

Dunia

China komited pertahan keamanan, kestabilan global di tengah ketegangan geopolitik

China komited terhadap peranannya dalam mempertahankan keamanan dunia, menyumbang kepada pembangunan global serta mempertahankan aturan antarabangsa di tengah-tengah ketidaktentuan global dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, menurut Penolong Menteri Luar Hong Lei.

Anggaran Waktu Membaca:
China komited pertahan keamanan, kestabilan global di tengah ketegangan geopolitik

Penolong Menteri Luar China, Hong Lei. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 May 2026 08:15AM
BEIJING: China komited terhadap peranannya dalam mempertahankan keamanan dunia, menyumbang kepada pembangunan global serta mempertahankan aturan antarabangsa di tengah-tengah ketidaktentuan global dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, menurut Penolong Menteri Luar Hong Lei.

Beliau berkata China juga terus mengekalkan pendirian objektif dan adil terhadap isu-isu seperti krisis Ukraine dan konflik Timur Tengah, di samping menggalakkan rundingan damai serta penyelesaian politik sebagai sebahagian daripada peranannya sebagai kuasa besar yang bertanggungjawab.

“Dunia sedang mengalami perubahan besar yang dicirikan oleh konflik geopolitik, pemulihan global yang perlahan, unilateralisme dan perlindungan yang menjejaskan aturan antarabangsa.

“Bagi menangani cabaran ini, Presiden Xi Jinping telah mengemukakan visi membina masyarakat berkongsi masa depan untuk umat manusia serta pelbagai inisiatif yang dicadangkannya,” kata beliau semasa majlis pembukaan program Pusat Komunikasi Media Antarabangsa China (CIPCC) 2026 di Beijing pada Khamis (21 Mei).

Encik Hong turut memaklumkan bahawa China akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Shenzhen pada November, sambil menyifatkannya sebagai antara acara kerjasama ekonomi paling penting di rantau Asia Pasifik.

“China akan mengambil peluang itu untuk menggalakkan pembinaan masyarakat Asia Pasifik berkongsi masa depan, di samping menyumbang kepada integrasi ekonomi serantau serta pembangunan dan kemakmuran global,” kata beliau.

Menyentuh mengenai program 'fellowship' CIPCC 2026, Encik Hong berkata para peserta akan menjelajah pelbagai wilayah di China untuk memperoleh pendedahan secara langsung terhadap pembangunan dan usaha pemodenan negara itu.

“Pengamal media akan menyaksikan pembangunan terselaras wilayah Beijing-Tianjin-Hebei, pertumbuhan dipacu inovasi di Lembah Sungai Yangtze, perkembangan pesat Kawasan Teluk Besar, selain pencapaian pembangunan di wilayah barat China,” kata beliau.

Para peserta akan turut melawat syarikat teknologi tinggi, kilang, sekolah dan masyarakat setempat, selain berinteraksi secara langsung dengan rakyat untuk memahami dengan lebih mendalam transformasi ekonomi dan pembangunan sosial China.

Program CIPCC 2026 anjuran Persatuan Diplomasi Awam China (CPDA) menghimpunkan 98 pengamal media dari 90 negara bagi program pertukaran media selama tiga bulan di Beijing.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita