Skip to main content

Dunia

China komited labur AS$39 bilion di M'sia, dedah PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
China komited labur AS$39 bilion di M'sia, dedah PM Anwar

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berucap di sebuah sidang media pada 5 Dis 2022. (Gambar fail: Pejabat Perdana Menteri Malaysia/Afiq Hambali)

KUALA LUMPUR: China akan melabur kira-kira RM170.07 bilion (S$51 bilion) di Malaysia. Ia melibatkan industri-industri petrokimia dan automotif, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Selasa (4 Apr).

Rongsheng Petrochemical akan melabur jumlah dianggarkan sebanyak RM80 bilion (S$24 bilion) bagi sebuah kilang penapisan petrokima di selatan Malaysia, kata Encik Anwar di parlimen.

Syarikat pembuat kereta Geely akan melabur sebanyak RM2 bilion (S$603 juta) pada mulanya dan akan menambah sebanyak RM32 bilion (S$9.7 bilion), tambah beliau.

Encik Anwar, yang melakukan lawatan rasmi ke China minggu lalu, tidak memberi tempoh bagi komitmen pelaburan tersebut.

Perdana Menteri Malaysia itu juga berkata bahawa beliau sudah berbincang dengan China untuk mengurangkan pergantungan Asia kepada mata wang dolar AS.

Bank pusat Malaysia sedang mengusahakan satu inisiatif yang akan membenarkan Kuala Lumpur dan China melakukan perdagangan menggunakan mata wang ringgit dan yuan, kata Encik Anwar.

Encik Anwar berkata bahawa beliau mencadangkan untuk menubuhkan "Dana Kewangan Asia" di Forum Boao di China minggu lalu.

Dalam satu mesyuarat dua hala, Presiden China Xi Jinping mengalu-alukan idea itu untuk dibincang dengan lebih lanjut.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita