Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China kerah unit tentera, buat rondaan polis bersama dekat sempadan Myanmar

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Tentera China menyatakan pada Isnin (26 Ogos) bahawa pihaknya telah mengerahkan unit tentera dan mengendalikan rondaan polis udara-darat bersama berdekatan dengan sempadan Myanmar itu.

Langkah tersebut diambil untuk memastikan keselamatan dan kestabilan sedang pertempuran antara junta yang memerintah dan pasukan pemberontak di Myanmar semakin meruncing.

Rondaan tersebut akan tertumpu kepada Ruili, Zhenkang dan kawasan barisan hadapan yang lain, menurut tentera dalam satu kenyataan.

Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) mengarahkan unit tentera untuk menguji keupayaan tentera supaya bertindak dengan cepat, menyekat dan mengawal, serta menyerang bersama, di samping mengekalkan keselamatan dan kestabilan di kawasan sempadan, jelas pihak tentera.

China mendedahkan ia merancang untuk mengadakan lebih banyak latihan berdekatan dengan sempadan Myanmar sedang pertempuran antara junta dan kumpulan pemberontak di Myanmar berlarutan.

Pertempuran itu telah mengakibatkan orang ramai cedera dan merosakkan struktur di wilayah China.

China menegaskan konflik berkenaan mengakibatkan kesan negatif terhadap kestabilan dan aturan sosial di sempadan China-Myanmar.

Menteri Luar China Wang Yi turut mengatakan baru-baru ini bahawa China akan terus melaksanakan komitmennya untuk memulihkan keamanan dan kestabilan di Myanmar.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan