Skip to main content

Dunia

China kerah kapal perang, pesawat berhampiran Taiwan buat 2 hari berturut-turut

Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: China mengerahkan kapal-kapal perang dan pesawat ke kawasan berdekatan Taiwan buat dua hari berturut-turut pada Jumaat (7 Apr), menurut Taipei.

Ini selepas Presiden Taiwan Tsai Ing-wen mencestuskan kemarahan Beijing apabila beliau bertemu dengan Speaker Dewan Amerika Syarikat Kevin McCarthy pada awal minggu ini.

Kementerian Pertahanan Taiwan menyatakan tiga kapal perang China sudah memasuki kawasan perairan di sekitar pulau itu. Sebuah jet pejuang dan helikopter anti-kapal selam turut melintasi zon pengenalan pertahanan udara Taiwan.

Pada Rabu lalu (5 Apr), kapal induk pesawat udara China, Shandong, memasuki perairan tenggara Taiwan dalam perjalanan ke bahagian barat Pasifik. Ia berlaku beberapa jam sebelum Cik Tsai bertemu Encik McCarthy di Los Angeles.

Sebelum berangkat ke Los Angeles, Cik Tsai memberitahu wartawan bahawa pemerintahnya komited untuk memastikan cara hidup yang bebas dan demokratik bagi rakyat Taiwan.

Tindakan China terhadap pertemuan antara Cik Tsai dengan Encik McCarthy setakat ini berada pada tahap yang rendah, namun ia tetap meninggalkan Taiwan dalam keadaan berjaga-jaga.

Perdana Menteri Taiwan Chen Chien-jen berkata pada Jumaat bahawa agensi-agensi pertahanan dan keselamatan Taiwan sedang memantau teliti perkembangan tersebut.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita