Skip to main content

Dunia

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import Amerika

Anggaran Waktu Membaca:
China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import Amerika

Gambar hiasan. (Gambar: iStock)

Diterbitkan : 04 Mar 2025 05:58PM Dikemas Kini : 04 Mar 2025 06:00PM
BEIJING: China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa (4 Mac), lapor Xinhua.

Tarif tambahan sebanyak 15 peratus akan dikenakan ke atas ayam, gandum, jagung dan kapas yang diimport dari Amerika, menurut kenyataan suruhanjaya itu

Sementara itu, sorgum, kacang soya, daging babi, daging lembu, hasil perikanan, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu akan dikenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus.

Pengumuman itu dibuat menyusuli tindakan Amerika mengenakan tarif tambahan 10 peratus ke atas produk yang diimport dari China, berkuat kuasa 4 Mac.

Tindakan sepihak Amerika mengenakan tarif melemahkan sistem perdagangan pelbagai hala, meningkatkan beban kepada perniagaan serta pengguna di Amerika di samping menjejaskan asas kerjasama ekonomi serta perdagangan antara China dan Amerika, menurut suruhanjaya itu.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita