China kenakan sekatan ke atas syarikat pertahanan, individu Amerika berhubung jualan senjata kepada Taiwan
Kementerian Luar China mengumumkan sekatan pada Jumaat (26 Dis) yang menyasarkan 10 individu dan 20 syarikat pertahanan Amerika Syarikat, termasuk cawangan St Louis milik Boeing, susulan penjualan senjata kepada Taiwan.
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Kementerian Luar China mengumumkan sekatan pada Jumaat (26 Dis) yang menyasarkan 10 individu dan 20 syarikat pertahanan Amerika Syarikat, termasuk cawangan St Louis milik Boeing, susulan penjualan senjata kepada Taiwan.
Langkah itu membekukan sebarang aset yang dimiliki syarikat-syarikat dan para individu berkenaan di China serta melarang sebarang pertubuhan dan individu domestik daripada menjalankan urus niaga dengan mereka, menurut kementerian itu.
Individu yang tersenarai, termasuk pengasas syarikat pertahanan Anduril Industries dan sembilan eksekutif kanan daripada syarikat yang dikenakan sekatan, turut dilarang memasuki China, tambahnya.
Syarikat lain yang turut disasarkan termasuk Northrop Grumman Systems Corporation dan L3Harris Maritime Services.
Langkah tersebut menyusuli pengumuman Washington pada minggu lalu berhubung penjualan senjata bernilai AS$11.1 bilion (S$14.26 bilion) kepada Taiwan, yang merupakan pakej senjata terbesar yang pernah diluluskan Amerika Syarikat untuk wilayah tersebut, yang mencetuskan kemarahan Beijing.
“Isu Taiwan merupakan teras kepada kepentingan teras China dan batasan pertama yang tidak boleh dilangkaui dalam hubungan China-Amerika Syarikat,” kata seorang jurucakap Kementerian Luar China dalam satu kenyataan pada Jumaat.
“Sebarang tindakan provokatif yang melangkaui batasan dalam isu Taiwan akan menerima tindak balas tegas daripada China,” menurut kenyataan itu, sambil menggesa Amerika Syarikat agar menghentikan usaha “berbahaya” dalam membekalkan senjata ke wilayah tersebut.
China menganggap Taiwan yang ditadbir secara demokratik sebagai sebahagian daripada wilayahnya, satu tuntutan yang ditolak oleh Taipei.
Amerika Syarikat pula terikat di sisi undang-undang untuk melengkapi Taiwan dengan keupayaan untuk mempertahankan diri. Namun, penjualan senjata sedemikian kekal menjadi punca ketegangan berterusan antara Amerika Syarikat dengan China.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.