China kenakan sekatan balas ke atas Britain kerana sebar pembohongan tentang Uighur
China kenakan sekatan balas ke atas Britain kerana sebar pembohongan tentang Uighur.
Lelaki Uighur di sebuah pasar pakaian di Urumqi, Xinjiang. (Gambar fail: REUTERS/Carlos Barria)
BEIJING: China mengenakan sekatan balas ke atas sembilan individu dan empat institusi Britain kerana menyebarkan apa yang disebut sebagai pembohongan mengenai layanannya terhadap kaum Uighur.
Kementerian Luar China menyatakan Beijing bertekad untuk menjaga kedaulatannya.
Ia memberi amaran China akan mengambil reaksi lebih tegas jika Britain bertindak lebih jauh.
Individu-individu berkenaan serta keluarga mereka dilarang memasuki wilayah China.
Aset mereka akan dibekukan. Rakyat dan institusi-institusi China juga dilarang berurus niaga dengan mereka.
Langkah itu merupakan tindak balas China terhadap sekatan-sekatan yang diselaraskan oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Britain dan Kanada terhadap Beijing, atas dakwaan mencabuli hak asasi penduduk Islam Uighur di Xinjiang.
Para aktivis dan pakar hak asasi PBB berkata, sekurang-kurangnya sejuta penduduk Islam ditahan dalam kem-kem di Xinjiang.
Beijing bagaimanapun berulang kali menafikannya dan mendakwa kem-kem tersebut adalah untuk pendidikan semula.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.