China keluarkan semula visa untuk warga asing mulai 15 Mac
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Pejabat konsul Kementerian Luar China memaklumkan pengeluaran visa untuk warga asing akan disambung semula bermula Rabu (15 Mac) dalam usaha bagi mempermudah urusan keluar masuk ke China.
Menurut kenyataan pejabat konsul, visa yang dikeluarkan sebelum 28 Mac 2020 dan belum tamat tempoh masih boleh digunakan.
Pada masa sama, agensi yang memeriksa serta mengeluarkan visa di luar China dan di pelbagai pintu sempadan akan meneruskan semula perkhidmatan masing-masing.
Dalam pengumuman itu, China akan membenarkan pelancong asing memasuki wilayah Hainan tanpa visa termasuk pelancong yang menaiki kapal pelayaran Shanghai dan rombongan pelancong asing yang masuk wilayah Guangdong dari wilayah Hong Kong dan Macau.
Sementara itu, bagi pelancong dari negara ASEAN pula, China akan turut membenarkan mereka memasuki ke bandar Guilin, wilayah Guangxi, tanpa visa.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.