Skip to main content

Dunia

China keluarkan amaran merah untuk curahan gunung, bencana geologi

Anggaran Waktu Membaca:
China keluarkan amaran merah untuk curahan gunung, bencana geologi

Pandangan dari dron menunjukkan kawasan pertanian yang dilanda banjir berhampiran Sungai Chao yang melimpah, susulan hujan lebat di daerah Miyun, Beijing, China pada 28 Julai, 2025. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 29 Jul 2025 11:46AM Dikemas Kini : 29 Jul 2025 11:48AM
BEIJING: China mengeluarkan beberapa amaran merah pada Isnin (28 Jul), memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya curahan gunung dan bencana geologi di beberapa wilayah, lapor Xinhua.

Kementerian Sumber Air dan Pentadbiran Meteorologi China (CMA) bersama-sama mengeluarkan amaran merah bagi potensi berlakunya curahan gunung. Bahagian timur Beijing, utara Tianjin dan timur laut Hebei dijangka menghadapi risiko tinggi banjir gunung dari pukul 8.00 malam Isnin hingga 8.00 malam Selasa.

Selain itu, amaran jingga turut dikeluarkan bagi risiko banjir gunung di beberapa kawasan di Beijing, Tianjin, Hebei, Mongolia Dalam, Liaoning dan Heilongjiang.

Pihak berkuasa tempatan digesa untuk mempertingkat pemantauan masa nyata, ramalan banjir dan sistem amaran awal, serta langkah pemindahan dan pencegahan risiko.

Secara berasingan, Kementerian Sumber Asli dan CMA turut mengeluarkan amaran merah bagi risiko bencana geologi di bahagian timur laut Beijing dan timur laut Hebei, serta amaran jingga untuk bahagian timur laut Beijing, utara Tianjin, dan timur laut Hebei.

China mempunyai sistem amaran cuaca empat peringkat, dengan merah mewakili tahap amaran paling serius, diikuti oleh jingga, kuning dan biru.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita