Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China keluar amaran tahap merah Taufan Bavi

China mengeluarkan amaran tahap merah pada 6.00 pagi Khamis (27 Ogos) ekoran Taufan Bavi yang diramal membawa angin kencang serta hujan ribut di timur laut negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
China keluar amaran tahap merah Taufan Bavi

Angin kencang dan hujan lebat membadai Korea Utara. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Aug 2020 04:43PM Dikemas Kini : 27 Aug 2020 04:46PM

BEIJING: China mengeluarkan amaran tahap merah pada 6.00 pagi Khamis (27 Ogos) ekoran Taufan Bavi yang diramal membawa angin kencang serta hujan ribut di timur laut negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Taufan kelapan tahun ini, ia diramal bergerak ke utara dengan kelajuan angin 40 hingga 50 kilometer sejam sebelum membadai kawasan pesisir antara bandar Donggang di wilayah Liaoning dengan utara Pyongang di Korea Utara pada Khamis pagi, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC). 

Ia dilaporkan melanda kawasan perairan kira-kira 195 kilometer di selatan sempadan China dan Korea Utara pada 5.00 pagi, dengan kekuatan angin maksimum 136.8 kilometer sejam. 

Dari Khamis pagi hingga Jumaat pagi, taufan dijangka melanda Selat Bohai, beberapa kawasan di Laut Kuning, wilayah Heilongjiang, Jilin dan Liaoning serta daerah pesisir di luar Semenanjung Shandong, menurut NMC.

Beberapa wilayah di Heilongjiang, Jilin, Liaoning dan Inner Mongolia pula akan mengalami hujan lebat, dengan beberapa kawasan menerima curahan hujan sehingga 150 milimeter. 

China mempunyai sistem amaran cuaca empat peringkat, merah mewakili situasi terburuk, diikuti dengan oren, kuning dan biru.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan